SANGGUL ringkas untuk dipadankan dengan busana Inggeris.
SANGGUL ringkas untuk dipadankan dengan busana Inggeris.
Intan Mas Ayu Shahimi


MENDANDAN rambut tidaklah sukar. Namun kreativiti dan kecekapan mengendalikan helaian rambut cukup penting untuk mendapatkan hasil dandanan kemas, sepadan dengan gaya yang hendak di tonjolkan.

Andai diperhatikan, sejak dulu gaya bersanggul tidak pernah ketinggalan zaman, apalagi tampak kekampungan. Lihat bagaimana wanita kini cukup selesa menggayakan dandanan sanggul untuk tampil elegan di majlis pernikahan, acara formal mahupun sekadar bersantai bersama teman.

Namun, perlu diketahui bukan semua sanggul mudah disesuaikan dengan busana. Sanggul besar yang disisir kemas lebih sesuai dengan busana klasik seperti baju kurung, songket dan kebaya.

Sanggul dengan dandanan silang yang ketara dan sedikit huraian rambut (‘messy’) pula lebih sesuai jika dipadankan dengan gaun ala Inggeris, busana moden atau skirt kembang.

•1.BAHAGIKAN rambut kepada enam bahagian iaitu tengah, bawah, depan kiri dan kanan serta belakang telinga (kiri dan kanan).

•2.SIKAT bahagian tengah untuk membentuk bun dan ikat kemas.

•3.TOCANG baki rambut di tengah bersama rambut bahagian bawah dan ikat.

•4.GULUNG rambut yang ditocang membentuk sanggul. Kemaskan dengan klip.

•5.AMBIL bahagian tepi telinga (kanan dan kiri), kemudian buat tocang lipan menghala ke sanggul dan ikat.

•6.LILITKAN pada sanggul dan klip kemas.

SISIR kemas bahagian belahan rambut (kiri dan kanan) di depan dan buat tocang lipan menghala ke sanggul dan ikat.
SISIR kemas bahagian belahan rambut (kiri dan kanan) di depan dan buat tocang lipan menghala ke sanggul dan ikat.

LILIT sekali lagi pada sanggul sebelum klip kemas.
LILIT sekali lagi pada sanggul sebelum klip kemas.

 HIASKAN sanggul dengan mutiara atau kuntuman bunga kecil.
HIASKAN sanggul dengan mutiara atau kuntuman bunga kecil.

Menurut juru mekap artis, Mimi Azlinda Othman (Instagram: @ml_mielinda), dandanan sanggul dihasilkan kali ini sesuai untuk pengantin yang bercadang menyarung busana bertemakan Inggeris, menghadiri majlis makan malam atau memenuhi undangan rasmi.

“Dandanan ini hanya memerlukan tiga alat iaitu klip, getah dan penyembur rambut. Ia boleh disiapkan antara 20 hingga 30 minit bergantung kepada ketebalan rambut itu sendiri.

“Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, seelok-eloknya tinggikan sedikit sanggul dengan membuat ‘bun’ di bahagian tengah. Ini secara tidak langsung membentuk ilusi muka bujur.

“Lazimnya, wanita dengan rambut tebal akan menampakkan bentuk sanggul yang lebih menarik berbanding mereka yang memiliki rambut halus dan nipis. Begitu juga dengan rambut yang diwarnakan perang, hasilnya nanti akan lebih menyerlah berbanding rambut hitam,” katanya.

Paling penting kata Mimi Azlinda, sanggul untuk gaya Inggeris tidak memerlukan semburan rambut yang banyak untuk menonjolkan gaya lebih santai, semula jadi. Biarkan saja lebihan rambut mengurai di bahagian tertentu untuk menaikkan lagi seri wajah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 4:01 AM