DR Salina menunjukkan animasi video lagu bahasa Sepanyol yang dihasilkan.
DR Salina menunjukkan animasi video lagu bahasa Sepanyol yang dihasilkan.
Garret Dawum


Serdang: Pengalaman 15 tahun sebagai tenaga pengajar bahasa Sepanyol di universiti tempatan menjadi inspirasi seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan animasi video lagu bahasa Sepanyol pertama di Malaysia.

Menurut pensyarah berkenaan, Dr Salina Husain, 41, bahan untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) digunakan oleh pensyarah di universiti tempatan yang menawarkan bahasa Sepanyol sangat terhad dan semuanya diimport.

“Harganya juga sangat mahal dan keadaan ini menjadi kekangan kepada pelajar mendapatkan bahan rujukan dan bagi mengatasi masalah itu, saya bangunkan bahan P&P yang akan membantu pelajar mempelajari bahasa Sepanyol dengan mudah.

“Buat masa ini, saya hasilkan lima koleksi video animasi mengandungi tajuk yang dipelajari oleh pelajar pada tahap asas,” katanya ketika ditemui.

Katanya, kaedah digunakan adalah berbentuk lagu dan mempunyai seni kata serta animasi berdasarkan jalan cerita tajuk yang ditampilkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 7:27 AM