Dua kapal pemusnah tentera laut Amerika, USS Porter dan USS Ross yang melancarkan 59 peluru berpandu di Lautan Mediterranean terhadap pangkalan udara di Syria, pagi tadi. - Foto AFP/US Navy
Dua kapal pemusnah tentera laut Amerika, USS Porter dan USS Ross yang melancarkan 59 peluru berpandu di Lautan Mediterranean terhadap pangkalan udara di Syria, pagi tadi. - Foto AFP/US Navy
Agensi

London: Russia menerima makluman 30 minit daripada Amerika Syarikat sebelum 59 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan terhadap pangkalan udara Shayrat di Syria.

Daily Mail melaporkan Duta Russia ke PBB berkata demikian namun pentadbiran Presiden Donald Trump hanya memberitahu, tidak meminta kebenaran Moscow untuk melancarkan serangan itu.

Russia dipercayai memberitahu Syria mengenai serangan itu namun ia tidak dapat disakan. Russia terbabit secara langsung membantu regim Bashar al-Assad memerangi pemberontak dengan menempatkan pesawat serta tenteranya di Syria.

Kemenerian Luar Russia menyatakan tiada tentera Russia cedera atau terbunuh dalam seragan itu.

Setakat ini, tentera Syria menyatakan enam terbunuh namun, pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain yang memetik sumbernya di Syria nmenyatakan antara yang terbunuh ialah empat tentera Syria, termasuk seorang jeneral.

Gabenor wilayah Homs pula menyatakan tujuh terbunuh iaitu lima tentera serta dua orang awam dan tujuh lagi cedera.

Sementara itu, Reuters melaporkan Kementerian Pertahanan Russia menyatakan sistem pertahanan udara Syria akan ditingkatkan berikutan serangan terbabit.

Menurut agensi berita Russia, kementerian itu juga ‘mengejek’ Amerika dengan mendakwa hanya 23 peluru berpandu mengenai sasaran manakala 36 lagi tersasar, namun tidak menyatakan ke mana peluru berpandu yang tersasar itu pergi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 6:48 PM