Aminuddin   (tengah) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah  Mohd Rizal Mohd Radzi (kanan) dan Penolong Pengarah Sukan, Anas Ishak menunjukkan trofi untuk pemenang Olahragawan dan Olahragawati Negeri Kedah yang akan diumumkan pada Hari Anugerah Sukan Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman pada 26 April   ini.
Aminuddin (tengah) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Mohd Rizal Mohd Radzi (kanan) dan Penolong Pengarah Sukan, Anas Ishak menunjukkan trofi untuk pemenang Olahragawan dan Olahragawati Negeri Kedah yang akan diumumkan pada Hari Anugerah Sukan Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman pada 26 April ini.
myMetro

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) belum memutuskan pengganti ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang sudah menghantar surat peletakan jawatan Sabtu lalu.

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, KFA mahu surat tawaran FAM ditunjukkan sebagai bukti yang menyatakan Cheng Hoe ditawarkan jawatan penolong jurulatih kebangsaan terlebih dulu sebelum membuat apa apa pemilihan.

“Mengikut perkiraan kita kalaulah peletakan jawatan pun mesti mengambil masa, sekurang kurangnya beri masa kepada KFA dua atau tiga bulan kerana bukan senang nak pastikan mendapat jurulatih sesuai dengan pemain.

“Isu surat peletakan jawatan yang dihantar secara mengejut ini boleh merencatkan pengurusan kejurulatihan di peringkat KFA dan kami minta beliau tunjukkan surat tawaran berkenaan pelantikan sebagai penolong jurulatih kebangsaan,” katanya pada sidang media sempena Hari Anugerah Sukan Negeri Kedah 2016 yang akan berlangsung pada di Dewan Seri Negeri di Wisma Darul Aman sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah pada 26 April ini.

Aminuddin berkata, kontrak Cheng Hoe hanya akan tamat hujung tahun ini dengan KFA akan meneliti perjanjian kontrak bagi mendapat persetujuan bersama antara kedua dua pihak.

“Beliau masih ketua jurulatih Kedah sehingga kini dan belum ada kata putus secara rasmi yang membenarkannya keluar dari kem KFA .

“Pihak FAM perlu adakan perjumpaan dengan pihak KFA untuk adakan rundingan bagi mencapai kata sepakat yang baik demi pembangunan bola sepak dalam Kedah,” katanya.

Sementara itu sebanyak 14 kategori anugerah yang akan disampaikan sempena Hari Anugerah Sukan Negeri Kedah 2016 itu nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 8:35 AM