RAJA Afiq tak jadikan tohmahan terhadapnya sebagai masalah besar.
RAJA Afiq tak jadikan tohmahan terhadapnya sebagai masalah besar.

Seiring populariti yang diraih pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini, Raja Afiq tidak lepas dihimpit kontroversi.

Jika sebelum ini timbul isu membabitkan kisah putus cinta dengan pelakon Anis Al Idrus selepas beberapa bulan berkawan, terbaru Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 23, dikatakan mempunyai masalah disiplin dalam bekerja.

Raja Afiq yang juga pelakon drama Lara Cinta Ameena didakwa meninggalkan lokasi penggambaran sebuah drama selain sering buat perangai.

Bagaimanapun, Raja Afiq menganggap itu asam garam dalam kehidupan anak seni kerana dia tidak seperti apa yang difikirkan kebanyakan orang.

“Orang yang tak pernah bekerja dan tak kenal saya saja akan bercakap begitu. Sebaliknya mereka yang pernah bersama saya tahu siapa saya sebenarnya. Disebabkan itu apabila timbul isu ini saya tak kisah orang nak cakap apa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 2:50 AM