AHMAD Khairurrijal Osman mengendalikan talian 'MQuit USM Tobacco Quitline' di Pusat Racun Negara, USM, Minden, Georgetown.
AHMAD Khairurrijal Osman mengendalikan talian 'MQuit USM Tobacco Quitline' di Pusat Racun Negara, USM, Minden, Georgetown.
PEMBIMBING Program Berhenti Merokok, Ahmad Khairurrijal Osman menunjukkan poster program ‘MQuit USM Tobacco Quitline’ di Pusat Racun Negara, USM, Minden, Georgetown.
PEMBIMBING Program Berhenti Merokok, Ahmad Khairurrijal Osman menunjukkan poster program ‘MQuit USM Tobacco Quitline’ di Pusat Racun Negara, USM, Minden, Georgetown.
Syed Ismail Syed Abu Bakar

Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan kepakarannya dalam bidang kawalan tembakau dan asap rokok dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi penyediaan talian ‘MQuit USM Tobacco Quitline’ bagi membantu perokok di seluruh negara untuk berhenti daripada tabiat buruk itu.

Talian itu membolehkan perokok mendapatkan bimbingan dan sokongan moral melalui telefon secara berkala semasa dalam proses berhenti merokok.

Ketua Pengurus Programnya, Sulastri Samsudin berkata, talian itu bagi perokok pasif mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat mengenai cara membantu mereka yang berhasrat berhenti merokok.

DARI MUKA 1

“Talian itu dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Farmasi Malaysia dan sebuah syarikat pengeluaran produk berhenti merokok menerusi Memorandum Persetujuan yang ditandatangani pada 1 Julai 2016 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kepada perokok untuk mendapatkan maklumat dan tip berhenti merokok.

“Mereka yang mendaftar ditawarkan perkhidmatan berhenti secara bersemuka di Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikendalikan pengamal perubatan,” katanya ketika ditemui di Pusat Racun Negara, USM.

Sulastri berkata, perokok boleh mendapatkan khidmat nasihat lebih lanjut menerusi telefon yang dikendalikan sepenuhnya oleh USM selain mendapatkan sokongan bimbingan di kedai farmasi, klinik dan hospital swasta berdaftar dengan program berkenaan.

Beliau berkata, antara kelebihan menggunakan perkhidmatan talian itu adalah masa fleksibel, sesi kaunseling dibuat dengan lebih telus dan tertutup, menjimatkan masa selain boleh mendaftar walaupun sudah atau sedang mendapatkan rawatan di klinik berhenti merokok.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 04-6535999 pada waktu pejabat setiap hari bekerja dan selepas waktu itu, semua panggilan akan direkodkan ke dalam sistem pesanan suara dan pemanggil akan dihubungi semula.

“Sesi pendaftaran dan khidmat nasihat dikendalikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengikut pilihan pelanggan dan sekiranya terdapat perokok didianosis mempunya tahap ketagihan tinggi dan memerlukan ubat, mereka akan dirujuk terus ke klinik dan hospital berdaftar dengan program ini,” katanya.

Sulastri berkata, setakat ini, sambutan diterima menerusi program itu agak memberangsangkan dengan lebih 300 hingga 400 perokok menyertai program itu di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi penekanan untuk membebaskan asap rokok dalam kalangan warga kampus dengan menyediakan pelbagai program termasuk kempen berhenti merokok merangkumi aspek penguatkuasaan.

Katanya, perokok perlu menetapkan niat untuk berhenti dengan faktor serta alasan lebih sayangkan diri dan keluarga, bebas daripada belenggu rokok, mampu mengawal diri sendiri, menjadi contoh yang baik serta tidak mahu membazirkan wang demi masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 11:20 AM