LALLANA (kanan) cedera pada aksi menentang Lithuania.
LALLANA (kanan) cedera pada aksi menentang Lithuania.
AFP

Liverpool: Kecederaan paha yang dialami Adam Lallana menjejaskan perancangan Jurgen Klopp ketika pengendali itu sedang memikirkan cara untuk membolehkan Liverpool layak ke Liga Juara-Juara musim depan menerusi kemenangan ke atas Everton pada pertembungan dua kelab Merseyside malam ini.

Lallana dijangka tidak boleh beraksi selama sebulan selepas mengalami kecederaan ketika mewakili England pada pertemuan menentang Lithuania di Wembley, Ahad lalu.

Bekas pemain tengah Southampton itu adalah antara pemain paling menyinar buat Liverpool musim ini dan ketiadaannya pasti membuatkan Klopp pening.

Sebelum aksi malam ini, Liverpool menduduki tangga keempat dan memiliki kelebihan empat mata berbanding Manchester United yang berada di tangga kelima.

United mempunyai baki dua perlawanan di tangan tetapi ia bukan satu jaminan bahawa jurang mata dapat dikurangkan kerana mereka perlu bertemu Manchester City, Arsenal serta Tottenham sebelum musim berakhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2017 @ 7:50 AM