Anggota bomba memeriksa mayat Hin  yang ditemui terdampar oleh nelayan di Pulau Aman petang semalam. FOTO Ihsan APMM
Anggota bomba memeriksa mayat Hin yang ditemui terdampar oleh nelayan di Pulau Aman petang semalam. FOTO Ihsan APMM
Rudy Syareme Sheriffudin / 31.3.2017


Georgetown: Mayat lelaki yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang Selasa lalu ditemui terdampar di Pulau Aman petang semalam.

Mayat Hin Joo Mon, 66, ditemui terdampar oleh nelayan jam 4 petang sebelum memaklumkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten Maritim Rozali Mohd Said berkata, pemeriksaan mendapati mayat yang terdampar adalah lelaki yang dilaporkan terjun di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang pada jam 1.45 tengah hari Selasa lalu.

Beliau berkata, mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 6.30 petang untuk tindakan selanjutnya sebelum dihantar ke hospital.

Katanya, pihaknya menerima maklumat dari Balai Polis Perai bahawa mayat itu disahkan lelaki yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang pada hari berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 3:27 PM