ANGGOTA APMM dan anggota polis mengangkat mayat kru bot tunda. FOTO Zulhairi Zuber
ANGGOTA APMM dan anggota polis mengangkat mayat kru bot tunda. FOTO Zulhairi Zuber
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Mayat kru bot tunda yang hilang ketika melakukan kerja menampal kebocoran pada bot berkenaan Selasa lalu ditemui terapung di perairan Pulau Melaka berhampiran Masjid Selat, Melaka Tengah, 2 petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 32 tahun berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu ditemui 250 meter dari bot tempatnya bertugas oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Operasi Daerah Maritim 5 APMM, Komander V Pannir Selvan Veloo berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti berhampiran untuk pemeriksaan.

"Kami kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Melaka.

"Kami turut membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa Selasa lalu.

Dalam kejadian 1.30 petang Selasa lalu, mangsa sedang bertugas menampal kebocoran pada bot tunda berkenaan disedari hilang oleh rakannya selepas turun dari dek bot berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 7:56 PM