WANITA warga Singapura dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas terkena serangan jantung ketika menaiki kapal persiaran mewah. GAMBAR IHSAN APMM
WANITA warga Singapura dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas terkena serangan jantung ketika menaiki kapal persiaran mewah. GAMBAR IHSAN APMM
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Wanita warga Singapura terkena serangan jantung ketika menaiki kapal persiaran mewah dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand kira-kira 4.12 batu nautika di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.35 malam itu, mangsa Kam Ten Pon, 67, dikatakan mengalami serangan jantung ketika berada di atas kapal Ovation Of The Seas sebelum panggilan kecemasan di buat kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Rozali Mohd Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk menghulurkan bantuan membawa mangsa ke hospital dengan kadar segera.

Beliau berkata, sepasukan anggota pergi ke kapal persiaran mewah berkenaan sebaik maklumat diterima dan membawa pulang mangsa dalam keadaan selamat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 2:42 PM