Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Mayat seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditemui nelayan berhampiran Pulau Rimau, di sini, hari ini.

Mangsa yang terjun dari jambatan dua hari lalu itu ditemui terapung pada 4.30 petang tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguatkuasa Bomba, Abdul Rahman Jamal Abdul Nasir berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan membabitkan sepasukan anggota bomba dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 6:00 PM