KEAKRABAN Aiman, Emma hanya sebagai rakan sekerja.
KEAKRABAN Aiman, Emma hanya sebagai rakan sekerja.
Syanty Octavia Amry


Teruja menjayakan watak jejaka Korea, Aiman Hakim Ridza berharap tidak ada yang mempertikai atau menyamakan dirinya dengan pelakon negara itu.

Bagi Aiman, walaupun tampil sebagai Daniel Lee, filem Kimchi Untuk Awak tetap filem Malaysia.

Bergandingan dengan Emma Maembong buat kali ketiga, Aiman bagaimanapun mengakui kekok pada awalnya memandangkan ini filem pertama mereka.

“Tidak susah melakonkan watak lelaki Korea namun mencabar apabila saya perlu belajar bahasa negara itu.

“Mujur kakak pernah menetap lama di sana dan dia banyak membantu. Saya juga ada menonton beberapa drama serta flem Korea bagi mendapatkan ‘feel’ seperti penampilan, bahasa tubuh dan dialek mereka yang pekat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 4:04 AM