TITIAN Kanopi FRIM yang akan ditutup mulai 30 Jun depan atas faktor keselamatan.
TITIAN Kanopi FRIM yang akan ditutup mulai 30 Jun depan atas faktor keselamatan.
Ardyhansah Amat


Kuala Lumpur: Titian kanopi di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bakal ditutup bermula 30 Jun depan selepas 25 tahun dibuka kepada orang ramai.

Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata, keputusan itu dibuat bagi ‘merehatkan’ pokok yang menampung titian kanopi sepanjang 150 meter itu.

“Kejadian hujan dan ribut yang berlaku pada penghujung 2015 menjejaskan beberapa kemudahan di FRIM termasuk pokok yang menampung titian kanopi.

“Malah sejak kejadian itu, kami terpaksa menutup akses masuk ke titian berkenaan beberapa kali bagi tujuan penyelenggaraan dan penilaian keselamatan semula,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) 2017 peringkat FRIM, di sini, semalam.

Kata beliau, hasil penilaian mendapati pokok sokongan yang menempatkan titian kanopi tidak sihat dan kukuh bagi menampung berat struktur binaan serta beban pengunjung.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 7:18 AM