Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Selepas tiga hari dirawat di unit rawatan rapi (ICU), kanak-kanak lelaki yang terbabit dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 31 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Tok Kaya, Machang, kelmarin, meninggal dunia, hari ini

Mangsa kelima, Mohd Zarith Haqeem Mohd Asrulnizam, 5, menghembuskan nafas terakhir, 5.30 petang tadi.

Bapa saudarnya, Mohd Zahid Yajid, 47, berkata, jenazah anak saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras, Binjai malam ini.

Katanya, jenazah anak saudaranya akan dikebumikan bersebelahan kubur ayahnya, Yajid Ismail, 82, yang turut meninggal dunia akibat kemalangan itu

"Kami reda dengan pemergiannya dan menerima takdir ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kemalangan 4 petang kelmarin menyebabkan empat maut iaitu, Siti Rohani Yajid, 35; anaknya, Mohd Zahirul Fitri, 11; ibunya, Azizah Zakaria, 74; dan ayahnya, Yajid Ismail, 82.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 7:15 PM