Kia Grand Carnival generasi ketiga dilancar. FOTO Supian Ahmad
Kia Grand Carnival generasi ketiga dilancar. FOTO Supian Ahmad
Nabil Basaruddin


Petaling Jaya: Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia melancarkan model Grand Carnival baharu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata, Grand Carnival generasi ketiga didatangkan dengan tiga varian iaitu D yang ditawarkan pada harga atas jalan dengan insurans RM153,888, KX (RM165,888) dan EX (RM185,888).

Menurutnya, syarikat itu yakin dapat menjual kira-kira 120 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharu yang ditawarkan itu.

“Kami menjangkakan Grand Carnival dapat menyumbang 20 peratus daripada keseluruhan jualan yang disasarkan pada tahun ini.

“MPV dengan lapan tempat duduk ini turut dikuasakan dengan enjin turbo diesel 2.2 liter yang direka khusus bagi prestasi pemanduan yang lebih mantap,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Grand Carnival di sini, sebentar tadi.

Kia Grand Carnival dibuka untuk tempahan bermula Januari lalu dan setakat ini sejumlah 500 unit sudah ditempah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 1:56 PM