GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nabil Basaruddin


NAZA Kia Malaysia turut tidak ketinggalan mengumumkan senarai harga baharu susulan langkah kerajaan mengumumkan penetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun depan.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, pihaknya akan menawarkan bayaran balik sepenuhnya GST secara tunai kepada pelanggan yang membuat pembelian baharu kenderaannya mulai sekarang sehingga 31 May ini.

“Pelanggan yang layak akan menerima penebusan tunai pada tempoh ini sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Menurutnya, Naza Kia menyokong sepenuhnya inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dan berharap dapat memberikan manfaat terbaik daripada struktur cukai baharu itu kepada pelanggan setianya.

Kenderaan Naza Kia dengan harga baharu yang berkuatkuasa dalam tempoh berkenaan antaranya Picanto EX (RM47,079), Picanto Novus (RM52,079), Rio (RM75,381), Optima GT (RM165,029) dan Grand Carnival KX (RM150,891).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mei 2018 @ 9:15 PM