Kemalangan menyebabkan tiga  pekerja syarikat pembersihan bangunan termasuk dua wanita parah selepas van kilang dinaiki mereka terbabas berhampiran Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Kemalangan menyebabkan tiga pekerja syarikat pembersihan bangunan termasuk dua wanita parah selepas van kilang dinaiki mereka terbabas berhampiran Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Meor Riduwan Meor Ahmad


Kulim: Tiga pekerja syarikat pembersihan bangunan termasuk dua wanita parah selepas van kilang dinaiki mereka terbabas berhampiran Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park, di sini, petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat 13 pekerja kilang S T Evershine Services Sdn Bhd menaiki van berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.38 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai diketuai Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan PenyelamatKulim Hi Tech, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Yazan Yahya bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata, sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah van terbabas sendiri.

"Terdapat 13 mangsa di dalam van dan tiga daripada mereka parah iaitu dua perempuan patah tangan, manakala seorang lelaki patah kaki. Maklumat lanjut mangsa belum diketahui.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada 7.15 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 9:18 PM