BARISAN jaguh negara bersama peserta MILO Champions Clinic.
BARISAN jaguh negara bersama peserta MILO Champions Clinic.
Hajahfarhana Tarmudi


Demi meraikan kecemerlangan dan semangat kesukanan dalam mengharumkan nama negara di arena sukan, Milo menyatukan beberapa atlet negara hari ini untuk mengiktirafkan kejayaan mereka dalam Sukan SEA 2017 yang ke-29 dan Sukan Para ASEAN yang ke-9 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam majlis penghargaan itu juga, Milo memberi pengiktirafan kejayaan kepada beberapa atlet negara yang dilahirkan melalui Program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) seperti pemain hoki padang, Joel Van Huizen; ratu pecut, Felicia Mikat; pemain skuasy, Ng Eain Yow; atlet karate, Syakilla Salni; pemain bola keranjang kebangsaan, Nur Izzati Yaakob; perenang, Welson Sim; penerjun, Nur Dhabitah Sabri dan atlet pelompat jauh, Abdul Latif Romly.

“Kami bangga dapat menjadi sebahagian daripada pencapaian generasi baharu atlet Malaysia yang mewakili negara di persada dunia. Kegigihan dan dedikasi para atlet kita dapat menjadi contoh dan inspirasi terbaik kepada semua orang agar terus mengejar impian masing-masing,” kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestle Malaysia, Philomena Tan.

Sukan memainkan peranan sebagai pendidik untuk membentuk karakter dan menerapkan nilai murni dalam kehidupan anak demi masa depan yang lebih baik. Selain itu, sukan juga membantu mematangkan mereka agar terus berusaha untuk mengecapi kecemerlangan berterusan.

MERAIKAN jaguh negara (dari kiri) Nur Izzati, Felicia, Syakilla, Ng Eain Yow dan  Welson Sim bersama Philomena Tan.
MERAIKAN jaguh negara (dari kiri) Nur Izzati, Felicia, Syakilla, Ng Eain Yow dan Welson Sim bersama Philomena Tan.

Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow turut berkongsi pengalaman berharga yang dikutip sepanjang kerjaya sukannya. Menurutnya, disiplin, semangat berpasukan dan usaha tanpa mengenal erti putus asa adalah kunci kejayaan.

“Nilai ini bukan sahaja mendorong menjadi atlet yang lebih baik tetapi juga memberi perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan saya,” katanya.

Turut sependapat dengan Eain Yow adalah bekas ratu boling negara, Shazlin Zulkifli yang berkata, nilai murni yang diperoleh daripada sukan membantu mematangkan dirinya dalam menghadapi cabaran kehidupan harian. Kini, beliau turut menerapkan nilai yang sama dalam mendidik anak perempuannya.

Sukan rangsang daya motivasi

Menurut bekas guru dan jurulatih bola keranjang negara, Sim Sin Heng, dia mendapati kanak-kanak yang aktif bersukan juga memiliki daya motivasi yang lebih tinggi.

Mereka lebih mudah berinteraksi dengan rakan sebaya dan menjadi individu yang lebih cekap. Pengalaman seperti ini tidak boleh diterap melalui buku dan hanya boleh diperoleh melalui pelbagai aktiviti fizikal luar.

“Kami yakin sukan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan anak anda. Selain memanfaatkan kesihatan tubuh, sukan juga membantu anak anda mempelajari nilai positif kehidupan seperti kegigihan, semangat berpasukan dan dedikasi agar mereka terus maju dalam dunia yang berdaya saing.

“Sebagaimana yang dikongsi oleh para atlet dan jurulatih negara, nilai murni ini dapat membantu melahirkan kanak-kanak yang serba boleh dan lebih yakin dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan,” katanya.

Sejajar dengan komitmen untuk membangunkan bakat sukan negara, Milo mula memperkenalkan Milo Champions Clinic pada 2015. Program yang berlangsung selama lapan minggu itu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berlatih di bawah satu panel jurulatih bertauliah bagi meneroka dan mengesan minat serta bakat sukan masing-masing.

Sehingga hari ini, inisiatif berkenaan memanfaatkan seramai 2,600 kanak-kanak dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendorong anak mereka agar lebih aktif bersukan.

BAKAT cilik mempamerkan kemahiran mereka mengendalikan bola keranjang.
BAKAT cilik mempamerkan kemahiran mereka mengendalikan bola keranjang.

Selain itu, Milo turut memanfaatkan inovasi teknologi dengan menyalurkan maklumat berguna kepada kanak-kanak dan mendorong mereka agar lebih serius mengembangkan bakat dalam sukan.

Terkini, Milo memperkenalkan Milo Champions Band - gelang kesihatan untuk kecergasan kanak-kanak yang boleh dikendalikan menerusi aplikasi mudah alih bagi memudahkan ibu bapa memantau kadar nutrisi dan aktiviti anak mereka.

“Kami yakin semua kanak-kanak adalah juara masa depan. Justeru, kami ingin membantu mereka mengecapi potensi sebenar mereka,” sambung Tan.

Sejak 1950-an, Milo sudah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan arena sukan dan mendorong pembabitan bakat baharu dalam sukan tempatan seterusnya memberi sokongan kepada perkembangan budaya sukan khususnya dalam kalangan generasi muda Malaysia. Kini komitmen Milo terhadap pembangunan bakat sukan masih berterusan menerusi penganjuran pelbagai inisiatif bagi mewujudkan peluang berharga kepada atlet negara.

Apa yang lebih menarik, dalam inisiatif ini Milo turut menerapkan nilai penting seperti semangat berpasukan dan kegigihan dalam diri anak muda menerusi aktiviti sukan sejajar dengan matlamat NestlÈ untuk meningkatkan kualiti kehidupan serta kesihatan masyarakat demi masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Milo dalam aspek pembangunan sukan, sila layari www.milo.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 12:56 PM