PENYERANG England itu alami kecederaan ligamen buku lali ketika menentang Milwall.
PENYERANG England itu alami kecederaan ligamen buku lali ketika menentang Milwall.
AFP

London: Tottenham Hotspur membayangkan Harry Kane mungkin kembali pada akhir musim ini selepas mengesahkan penyerang England itu mengalami kerosakan ligamen buku lali ketika perlawanan Piala FA Inggeris menentang Millwall hujung minggu lalu.

“Kami boleh mengesahkan @HKane mengalami kerosakan ligamen buku lali kanan ketika perlawanan Piala FA yang menyaksikan kami menang ke atas Millwall,” umum kelab Liga Perdana Inggeris itu menerusi laman Twitter semalam.

Kane yang sudah menjaringkan 19 gol dalam Liga Perdana musim ini, hanya turun selama 10 minit dalam perlawanan yang dimenangi Spurs 6-0 Ahad lalu.

Wujud kebimbangan sekiranya pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas aksi baki musim ini tetapi Spurs tidak menyatakan tempoh tertentu bila dia akan benar-benar pulih.

Mereka bagaimanapun menyatakan kecederaan itu tidak serius seperti yang dialami September lalu yang menyaksikan pemain itu tidak beraksi selama tujuh minggu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 6:15 AM