Harry Kane. FOTO Agensi.
Harry Kane. FOTO Agensi.
Reuters

HARRY Kane kembali menjalani latihan penuh dan mungkin disenaraikan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley, Sabtu ini, kata Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Penyerang berusia 25 tahun itu tidak beraksi berikutan kecederaan buku lali ketika Tottenham tewas 0-1 kepada Manchester United pada 13 Januari lalu.

"Dia dalam keadaan baik, saya fikir kita perlu melihat perkembangannya dalam satu atau dua sesi latihan lagi esok dan kemudian barulah boleh membuat keputusan, tetapi saya rasa dia memang sudah cergas ,” kata Pochettino kepada wartawan di padang latihan kelab itu.

"Saya gembira dengannya dan dia mungkin menjadi sebahagian daripada pemain untuk perlawanan Sabtu ini.”

Kane, yang sudah menjaringkan 14 gol liga setakat ini pada awalnya dijangka pulih pada Mac selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali kirinya ketika minit terakhir perlawanan menentang United.

"Semua tahu Harry pemain handal dan sentiasa mahu beraksi secepat mungkin dan dia melakukan segala-galanya untuk memastikan dia cepat sembuh. Kami sangat gembira sejak 10 hari lalu dia kembali menjalani latihan yang tentunya akan memberikan impak besar kepada kami.”

"Tapi saya tidak peduli jika dia bekeras mahu bermain, siapa yang memutuskan (sama ada dia disenaraikan atau tidak) adalah saya, pegawai saya dan juga doktor pasukan.”

Kane menjaringkan tujuh gol dalam enam perlawanan kecuali kekalahan kepada United, khidmat penyerang England itu sangat diperlukan ketika pasukan itu berasingan dalam kelompok teratas kejuaraan liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 1:42 AM