LOKASI kejadian gempa bumi lemah. FOTO ihsan Jabatan Meteorologi
LOKASI kejadian gempa bumi lemah. FOTO ihsan Jabatan Meteorologi
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.5 melanda Ranau, hari ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud berkata, gempa bumi itu berlaku 4.46 petang tadi.

"Gempa bumi lemah bermagnitud 2.5 berpusat 11 kilometer barat Ranau pada kedalaman 5 kilometer.

"Gegaran berkenaan hanya dirasai di sekitar Ranau," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Tambahnya, tiada perkara buruk berlaku dan sebarang maklumat berhubung kejadian itu termasuk perkembangan terkini boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 6:07 PM