FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Kota Kinabalu: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 di Ranau, pada 7.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu dengan kedalaman 5 kilometer (km) iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

"Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2023 @ 8:56 AM