KENAL pasti punca dan melakukan pembaikan yang tepat.
KENAL pasti punca dan melakukan pembaikan yang tepat.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Kenapa bunyi enjin motosikal saya semakin kasar. Adakah ia berpunca daripada minyak pelincir yang jarang ditukar atau bunyi rantai kecil dalam enjin?

ADIB AZHAR, Kepala Batas, Pulau Pinang

Bunyi enjin motosikal atau apa sahaja kenderaan akan menjadi semakin kasar apabila minyak pelincir mula kehilangan kualiti pelincirannya.

Ia juga akan menyebabkan bahagian enjin yang bergesel menjadi makin cepat haus.

Apabila kehausan komponen enjin berlaku, ia bakal meningkatkan kelegaan antara permukaan dan komponen enjin menjadi longgar serta semakin bising.

Penggunaan minyak pelincir berkualiti dan penukaran secara berkala amat penting bagi mengelakkan kehausan enjin.

Rantai kecil yang dimaksudkan adalah rantai pemasaan. Rantai itu mempunyai pelapik penegang yang mengawal kekenduran sekali gus menghindarkan bunyi bising.

Rantai itu ada jangka hayat dan perlu ditukar apabila cukup tempoh seperti yang ternyata dalam buku penyenggaraan motosikal.

Bunyi bising boleh berpunca daripada kelegaan injap dengan aci sesondol yang memerlukan pelarasan semula.

Mekanik berpengalaman akan mampu mengenal pasti punca dan melakukan pembaikan yang tepat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:00 AM