Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Kebelakangan ini, saya dengar bunyi berkeriuk apabila duduk dalam kereta. Bunyi itu kadangkala membuatkan rasa kurang senang, sehingga terpaksa menguatkan bunyi radio bagi mengatasi masalah itu.

Bahagian mana yang bermasalah kerana saya jarang membawa penumpang yang ramai atau muatan berat?

SHAFIQ, Kuala Lumpur

Bunyi yang dimaksudkan itu mungkin berpunca dari bahagian gantungan kereta anda akibat pergerakan penyerap hentak bertindak balas terhadap bebanan ketika menaiki kereta.

Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian pelapik getah yang menjadi keras dan kering seperti pelapik gelung spring atau lengan ayun sebahagian daripada sistem gantungan kenderaan anda.

Masalah itu bergantung kepada keadaan persekitaran dan cara penggunaan kereta seperti kerap

memandu berhabuk atau terpaksa meletak kenderaan di kawasan terbuka serta terdedah kepada matahari.

Mengesan punca bunyi ini akan memerlukan bantuan seorang lagi rakan bagi mengenal pasti bahagian yang bermasalah ketika bebanan dikenakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2015 @ 5:00 AM