RANCANGAN daripada lebih 40 rangkaian televisyen akan ditawarkan dalam YouTube TV. FOTO YouTube
RANCANGAN daripada lebih 40 rangkaian televisyen akan ditawarkan dalam YouTube TV. FOTO YouTube
Agensi

San Franscisco (Amerika Syarikat): YouTube akan melancarkan siaran langsung rancangan televisyen termasuk daripada empat rangkaian utama Amerika Syarikat dan saluran kabel.

Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki berkata, perkhidmatan ini yang dipanggil YouTube TV akan berharga $35 (RM155) sebulan untuk enam akaun.

"YouTube TV direka khusus untuk keperluan generasi baru peminat TV yang ingin menonton apa yang mereka mahu, pada waktu pilihan menggunakan cara masing-masing tanpa komitmen," kata Wojcicki ketika taklimat media dari pejabat YouTube di selatan California pada Selasa.

YouTube TV ingin menarik penonton yang membatalkan perkhidmatan pakej TV berbayar tradisional atau tidak pernah melanggannya.

Siaran akan disesuaikan bagi tontonan daripada telefon pintar sehingga televisyen bersaiz besar.

Rancangan daripada lebih 40 rangkaian termasuk ESPN, ABC, CBS, Fox dan NBC serta siri asal YouTube sendiri akan ditawarkan.

Ia bakal dilancarkan untuk pasaran utama di Amerika Syarikat terlebih dahulu dalam beberapa bulan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 6:56 AM