SIARAN langsung atau 'live stream' daripada pengguna YouTube, Alex Wassabi.
SIARAN langsung atau 'live stream' daripada pengguna YouTube, Alex Wassabi.
Reuters

YOUTUBE mencabar Facebook Live dengan memperkenalkan ciri siaran langsung atau ‘live stream’ menggunakan telefon pintar bagi pengguna yang mempunyai lebih 10,000 peminat selain menambahkan ciri membolehkan mereka membuat duit.

YouTube berkata, ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna lain dalam masa terdekat.

Siaran langsung ini mempunyai ciri sama seperti video YouTube biasa dan boleh dicari, dicadangankan, disertai dalam senarai video dan dilindungi daripada penggunaan tanpa izin.

Selain itu, YouTube juga melancarkan ciri ‘Super Chat’ yang membolehkan pengguna menonjolkan mesej mereka dengan pembayaran ketika sesi siaran langsung.

“Super Chat seperti membayar untuk tempat duduk paling depan tetapi di dalam era digital,” katanya.

Mana-mana peminat yang menonton siaran langsung boleh membeli mesej yang ditonjol dalam warna terang sekaligus dipaparkan teratas atas selama lima jam.

Ciri video siaran langsung hebat dipersaingkan antara platform media sosial.

YouTube mula menawarkan siaran langsung di laman webnya sejak 2011 manakala Facebook melancarkan ciri itu pada 2015 dan Twitter membolehkan siaran langsung menerusi aplikasnya, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 1:51 AM