APLIKASI YouTube pada telefon pintar. FOTO Reuters
APLIKASI YouTube pada telefon pintar. FOTO Reuters
Reuters

YOUTUBE dipercayai bakal memperkenalkan perkhidmatan penstriman muzik berbayar pada Mac tahun depan, menurut laporan Bloomberg.

Syarikat Warner Music Group sudah menandatangani perjanjian manakala Sony Music Entertainment, Universal Music Group dan konsortium syarikat muzik bebas, Merlin masih dalam perbincangan, kata Bloomberg.

Perkhidmatan itu yang dikenali dalam syarikat itu sebagai Remix akan bersaing dengan perkhidmatan penstriman muzik lain seperti Spotify dan Apple Inc.

Satu lagi unit Alphabet Inc itu, Google mempekenalkan Google Play Music pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2017 @ 4:28 PM