NAJIB (tengah) bersama Tengku Adnan (kiri) meninjau dari anjung sebuah rumah pada majlis perasmian Rumah Residensi Kerinchi. FOTO Bernama
NAJIB (tengah) bersama Tengku Adnan (kiri) meninjau dari anjung sebuah rumah pada majlis perasmian Rumah Residensi Kerinchi. FOTO Bernama
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Residensi Kerinchi hadiah buat penduduk Kampung Kerinchi hasil program pembangunan semula Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangunaan semula itu dibuat di atas tanah berkeluasan 6.82 ekar bermula Mac 2014 dan siap sepenuhnya 31 Oktober tahun lalu.

"Flat yang dulunya dibina pada 1970 dengan keadaan tidak selesa kini berubah wajah.

"Residensi Kerinchi kini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti parkir, kolam renang, dewan serba guna dan lot kedai," katanya ketika berucap merasmikan Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai di Kerinchi, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik.

Seramai 408 penduduk flat empat tingkat Kampung Kerinchi kini mendapat sebuah unit pangsapuri baharu 18 tingkat yang setiap seunit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air serta satu parkir hasil pembangunan semula dilaksanakan KWP.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 11:36 AM