Neelofa tak mahu ulas lagi soalan berkaitan hal peribadi. FOTO Zunnur Al Shafiq
Neelofa tak mahu ulas lagi soalan berkaitan hal peribadi. FOTO Zunnur Al Shafiq
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Neelofa enggan lagi bercakap mengenai kisah peribadinya berikutan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini seperti tiada kesudahan apabila dia terus diasak pelbagai persoalan susulan hubungannya dengan seorang kerabat diraja.

Walaupun hubungan mereka dikatakan makin akrab sehingga dikhabarkan pergi bercuti bersama, pelakon cantik itu enggan mengulas.

"Kalau boleh saya tidak mahu ulas apa-apa lagi soalan berkaitan kisah peribadi. Cukuplah rasanya kerana sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang saya berikan. Saya tidak mahu kongsi apa-apa lagi," katanya.

Sementara itu, Neelofa juga menafikan dia tidak menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri terbaru arahan Michael Ang kerana enggan berganding dengan Fattah Amin.

"Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya.

"Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya," katanya ketika ditemui di majlis memperkenalkannya sebagai duta jam di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 8:55 PM