Fattah doakan Neelofa bahagia. FOTO HM
Fattah doakan Neelofa bahagia. FOTO HM
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Fattah Amin menerima dengan baik berita mengenai persahabatan Neelofa dengan seorang kerabat diraja dari Selangor seperti disahkan pelakon dan pengacara jelita itu semalam.

Fattah, 27, ketika dihubungi berkata, dia sentiasa memberi sokongan kepada apa saja keputusan dan pilihan yang dibuat Neelofa untuk hidupnya.

"Sebagai sahabatnya, saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya untuk setiap keputusan yang dilakukan. Begitu juga dalam kehidupannya, saya akan sentiasa memberi sokongan demi kebaikan masa depannya," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai komen daripada peminat tegar yang dilihat obses dengan kisah cinta mereka, Fattah berkata, dia terkesan dengan kesungguhan yang ditunjukkan peminat terbabit termasuk mewujudkan hashtag #Lofattah.

"Bagi saya, mereka tidak mahu apa-apa pun daripada kami. Mereka cuma mahu kami bahagia dan itu sudah cukup membahagiakan mereka.

"Saya juga tersentuh apabila ada peminat yang bersungguh-sungguh meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk turut serta dalam sesi ramah mesra dengan saya dan Neelofa. Jadi, sebagai artis, saya perlu sentiasa menghargai mereka dan berikan yang terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 5:43 PM