ORANG ramai menziarahi arwah Mokhtar (gambar kecil) di rumahnya. FOTO Faliq Lajim
ORANG ramai menziarahi arwah Mokhtar (gambar kecil) di rumahnya. FOTO Faliq Lajim
Fuad Hadinata Yaacob


Shah Alam: Bekas Exco Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad Dahalan, 73, meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, 3.30 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser pankreas.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, jenazah ketika ini sedang dikapankan sebelum disembahyangkan di rumahnya di Seksyen 9 di sini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira 11 pagi ini.

Sepanjang lebih 30 tahun dalam politik allahyarham menjawat pelbagai jawatan terutama bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor.

Selain itu allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelana Jaya; Adun Kota Damansara serta Pengerusi Majlis Jaksa Pendamai (MJP) Selangor.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Rahimah Naim dan lima anak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 10:53 AM