KEADAAN kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Belud-Kudat. FOTO ihsan polis
KEADAAN kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Belud-Kudat. FOTO ihsan polis
Junaidi Ladjana


Kota Marudu: Tiga individu cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Belud-Kudat, Kampung Teringai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, pemandu dan penumpang Isuzu Trooper masing-masing berusia 38 dan 17 parah di kepala dan patah paha kiri.

Pemandu Proton Saga berusia 44 tahun cedera bahagian kepala dan badannya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Isuzu Trooper yang bergerak dari Kota Belud menghala ke Kudat.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, Isuzu dinaiki dua lelaki dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga.

"Akibatnya, pemandu dan penumpang Isuzu Trooper parah manakala pemandu Proton Saga cedera," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 10:32 PM