SESI yee sang khas sebagai sebahagian daripada tradisi semasa Tahun Baru Cina.
SESI yee sang khas sebagai sebahagian daripada tradisi semasa Tahun Baru Cina.
Siti Nadirah Hafidzin


Dalam usaha berkongsi kegembiraan sempena musim perayaan, kira-kira 35 penghuni di Pusat Penjagaan Ann dan 20 penghuni dari Little Sisters of the Poor disambut Kenny Rogers Roasters (KRR) dengan kerjasama Yayasan Bantuan Makanan dalam satu majlis sambutan Tahun Baru Cina (TBC), baru-baru ini.

Penghuni pusat penjagaan itu terdiri daripada golongan warga emas dihiburkan sepanjang acara dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan oleh pasukan KRR.

Acara bermula dengan persembahan tarian dan diikuti nyanyian karaoke yang meriah.

Warga emas itu kemudian dihiburkan dengan lagu rakyat Rasa Sayang dan persembahan tarian untuk menghidupkan suasana perayaan.

Pengurus Perhubungan Tetamu Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Ling Shiau Yunn berkata, Tahun Baru Cina perlu disambut bersama-sama dan pihaknya teruja untuk membawa senyuman dan kegembiraan kepada penduduk di Pusat Penjagaan Ann dan Little Sisters of the Poor.

“Kami juga sentiasa menitikberatkan kepentingan pemberian makanan sihat dan berkhasiat yang perlu diambil setiap individu tanpa mengira usia.

“Pada program itu, turut diadakan sesi yee sang khas sebagai sebahagian daripada tradisi semasa Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurutnya, untuk menambah keriangan, setiap penghuni diberi paket merah dan beg cenderahati KRR yang mengandungi makanan berkhasiat.

“Kami boleh lihat dengan jelas kerjasama antara Yayasan Bantuan Makanan dan KRR berjaya memberikan kegembiraan kepada setiap warga emas itu.

“Kami akan bekerjasama pada tahun seterusnya bagi bersama-sama memberikan kegembiraan kepada insan memerlukan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers Roasters layari www.krr.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 6:45 AM