THONG (tengah) bersama kakitangan menunjukkan hidangan baru.
THONG (tengah) bersama kakitangan menunjukkan hidangan baru.

Kuala Lumpur: Kenny Rogers Roasters (KRR) yang terkenal dengan ayam panggang kini menawarkan hidangan terbaru iaitu ayam dan daging lembu panggang dihidangkan dengan campuran sayuran, kentang lenyek, beserta muffin.

Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd, Christina Thong berkata, pihaknya memahami kepentingan hidup sihat rakyat Malaysia dan meneliti hidangan sesuai dengan selera pelanggan yang berbeza.

“Memanggang adalah cara yang sempurna untuk menikmati hidangan kurang kalori. Kami memperkenalkan pilihan lazat dan lebih berkhasiat ini dengan promosi terhebat,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sejajar dengan promosi yang ditawarkan, bermula dari 24 April hingga 18 Jun 2015, ahli kad BCard boleh menikmati makanan khas setiap minggu dengan hanya RM1.

“Dalam tempoh lapan minggu pelanggan akan disajikan dengan pembelian tetap dua daripada hidangan yang diketengahkan sama pada harga asal.

“Selain itu, promosi turut menampilkan beberapa hidangan terkenal syarikat yang berkualiti tinggi serta dijamin baik untuk kesihatan orang ramai,” katanya.

Sejajar dengan promosi yang dilaksanakan, KRR memberikan harga istimewa untuk menu Fiery Flaming Wing pada harga hanya RM7.

Manakala bagi pelanggan yang ingin mendapatkan kad keahlian berkenaan, ia boleh didapati di semua restoran dan cawangan di seluruh negara dengan nilai RM20 untuk pembelian makanan, minuman, barangan dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 6:19 AM