THONG (kiri) pada majlis pelancaran menu baharu, Garlic Butter Chicken, semalam.
THONG (kiri) pada majlis pelancaran menu baharu, Garlic Butter Chicken, semalam.
Alzahrin Alias


KUALA LUMPUR: Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd (Berjaya Roasters), pengendali rangkaian restoran Kenny Rogers Roasters (KRR) merancang untuk membuka lebih banyak cawangan baharu disebabkan permintaan yang semakin meningkat di pasaran.

Pengurus Pemasarannya, Kennie Thong berkata, industri makanan dan minuman (F&B) masih mendapat permintaan dan merekodkan prestasi positif meskipun dalam kelembapan ekonomi.

“Oleh sebab itu syarikat akan terus membuka lebih banyak cawangan baharu pada tahun ini dan tahun depan kerana permintaan terhadap rangkaian restoran kami masih tinggi.

“Industri makanan masih ada, masyarakat tempatan masih gemar menikmati sajian di luar,” katanya selepas majlis pelancaran menu baharu, Garlic Butter Chicken, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini Berjaya Roasters mempunyai 81 cawangan restoran KRR yang menawarkan produk serta perkhidmatan ayam panggang kepada orang ramai di seluruh negara.

“Pelbagai usaha juga dilakukan bagi mempromosi jenama ini seperti memperkenalkan tiga hingga lima jenis hidangan baharu kepada pelanggan dalam tempoh setahun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 6:50 AM