Laporan tahun lalu yang ditularkan bertujuan mengelirukan orang ramai berkaitan bantuan Food Flotilla For Myanmar.
Laporan tahun lalu yang ditularkan bertujuan mengelirukan orang ramai berkaitan bantuan Food Flotilla For Myanmar.
Yusmizal Dolah Aling


Teluk Benggala: Berita kononnya separuh barangan Food Flotilla For Myanmar yang diserahkan kepada kerajaan Myanmar dirampas sami dan tentera adalah tidak benar.

Sebaliknya semua barangan masih berada di dalam gudang di pelabuhan Yangon dan menunggu masa sesuai untuk dihantar ke Sittwe.

Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, laporan itu dikeluarkan media tahun lalu dan ditularkan dalam media sosial, menimbulkan persoalan kepada banyak pihak.

"Saya mendapat banyak WhatsApp daripada rakan-rakan bertanyakan perkara ini. Untuk makluman, barangan kita masih di dalam gudang di pelabuhan.

"Buat masa ini kita sedang tunggu tentera mengemas kini barangan kerana bukan kita saja yang beri sumbangan, negara dan badan bukan kerajaan (NGO) lain juga hantar," katanya pada sidang media.

Pelayaran Nautical Aliya masuk hari ke-10 hari ini akan menghantar lebih 2,000 tan kepada masyarakat muslim akibat konflik di Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 3:27 PM