PONDOK gazebo yang runtuh dan menghempap lima murid. FOTO Bernama
PONDOK gazebo yang runtuh dan menghempap lima murid. FOTO Bernama
BERNAMA

Bangi: Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, yang sedang berehat di bawah pondok gazebo cedera setelah struktur itu runtuh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, lima murid yang cedera itu melibatkan tiga murid berumur 12 tahun dan dua berumur 11 tahun.

"Siasatan awal mendapati kerosakan pada struktur pondok itu menyebabkannya tidak kukuh dan runtuh sebelum menghempap murid terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, yang menerima panggilan kecemasan pada 2.38 petang tadi berhubung insiden itu bergegas ke tempat kejadian.

Murid yang cedera mendapat rawatan di Hospital Kajang dan klinik kesihatan berdekatan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 2:03 AM