Process chart slide template. Business data. Graph, diagram, design. Creative concept for infographic, templates, presentation, marketing. Can be used for topics like management, strategy, production.
Process chart slide template. Business data. Graph, diagram, design. Creative concept for infographic, templates, presentation, marketing. Can be used for topics like management, strategy, production.
Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam di perairan Pulau Mengalum, di sini, pada Sabtu lalu, diperluaskan ke perairan Miri, Sarawak, hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan SAR Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Leftenan Maritim Nur Hafiza Hassan berkata, pencarian yang memasuki hari kelima pada hari ini itu membabitkan keluasan perairan kira-kira 3,900 batu nautika di Sabah, Sarawak dan negara Brunei.

Beliau berkata, selain APMM, antara agensi yang terbabit dalam operasi SAR kali ini adalah Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan turut dibantu oleh negara jiran, Brunei.

Menurutnya, aset yang digunakan untuk operasi SAR itu turut ditambah daripada 20 ke 22 aset.

"Pasukan penyelamat dijangka mengalami kesukaran dalam operasi SAR hari ini berikutan ramalan cuaca yang menunjukkan keadaan angin kencang berlaku.

"Operasi membabitkan aset bot dan kapal dijalankan secara berterusan dalam tempoh 24 jam manakala bagi pemantauan udara yang menggunakan pesawat pula dimulakan pada 7.30 pagi hari ini, "katanya, di Pusat Gerakan SAR Operasi APMM, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 11:24 AM