Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa murid, guru dan kakitangan SK Linggi, Kuala Krai ke tempat selamat selepas terperangkap selama tiga jam di sekolah. FOTO Rohaida Omar
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa murid, guru dan kakitangan SK Linggi, Kuala Krai ke tempat selamat selepas terperangkap selama tiga jam di sekolah. FOTO Rohaida Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan menunjukkan penurunan kepada 374 orang pada jam 12 tengah hari berbanding 412 orang, 9 pagi tadi.

Jumlah itu membabitkan 92 keluarga di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan, mangsa banjir di Gua Musang seramai 150 orang membabitkan 34 keluarga, diikuti Kuala Krai (124 orang) dan Pasir Puteh (100 mangsa).

Tiga sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai 25.78 meter (m), Jambatan Guillemard 16.06m dan Sungai Golok di Rantau Panjang 9.15m.

Sementara itu, lima jalan ditutup kepada semua kenderaan iaitu tiga di Kuala Krai dan masing-masing satu di Gua Musang serta Pasir Mas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 12:46 PM