PENAMPILAN yang lebih segar dan berseri dengan riasan solekan menarik.
PENAMPILAN yang lebih segar dan berseri dengan riasan solekan menarik.
1. WAJAH kusam dan kesan cela yang kelihatan sebelum disolek.
1. WAJAH kusam dan kesan cela yang kelihatan sebelum disolek.
2. BERSIHKAN wajah dengan penyegar Power Essential Skin Refiner Light.
2. BERSIHKAN wajah dengan penyegar Power Essential Skin Refiner Light.
3. SAPU perlahan dan ratakan Balancing Emulsion Light.
3. SAPU perlahan dan ratakan Balancing Emulsion Light.
4. RATAKAN pelembap Water Bank Essence EX.
4. RATAKAN pelembap Water Bank Essence EX.
5. SAPU gel mata Water Bank dan urut perlahan di bahagian sekitarnya.
5. SAPU gel mata Water Bank dan urut perlahan di bahagian sekitarnya.
6. TEKAP BB Cushion Pore Control pilihan #23 rona Sand Beige. Pastikan tekapan rata pada seluruh wajah.
6. TEKAP BB Cushion Pore Control pilihan #23 rona Sand Beige. Pastikan tekapan rata pada seluruh wajah.
7. LUKIS kening dengan pensel Natural Brow Liner pilihan #1 rona Mocha Brown. Isi ruang kosong dengan garisan lembut.
7. LUKIS kening dengan pensel Natural Brow Liner pilihan #1 rona Mocha Brown. Isi ruang kosong dengan garisan lembut.
9. SAPUKAN pembayang mata menggunakan palet warna Pure Radiant Shadow pilihan #9 rona Cinnamon Brown.
9. SAPUKAN pembayang mata menggunakan palet warna Pure Radiant Shadow pilihan #9 rona Cinnamon Brown.
10. BUAT garisan nipis pada kelopak mata menggunakan penggaris mata jenis cecair.
10. BUAT garisan nipis pada kelopak mata menggunakan penggaris mata jenis cecair.
11. BENTUKKAN bulu mata dengan pelentik khas.
11. BENTUKKAN bulu mata dengan pelentik khas.
12. OLES maskara daripada rangkaian Jet Curling Mascara untuk kesan lentikan berganda.
12. OLES maskara daripada rangkaian Jet Curling Mascara untuk kesan lentikan berganda.
13. LAYANGKAN gincu Two Tone Lip Bar pilihan #8 warna Neon Juice untuk hasil gradien.
13. LAYANGKAN gincu Two Tone Lip Bar pilihan #8 warna Neon Juice untuk hasil gradien.
14. ADUN warna merah jambu pada palet Pure Radiant Blush pilihan #3 rona Angel Pink di pipi. Jangan keterlaluan.
14. ADUN warna merah jambu pada palet Pure Radiant Blush pilihan #3 rona Angel Pink di pipi. Jangan keterlaluan.
 SEBAHAGIAN daripada produk Laneige yang digunakan.
SEBAHAGIAN daripada produk Laneige yang digunakan.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Keadaan cuaca yang panas dan berjerebu ketika ini membuatkan ramai wanita tidak selesa mengenakan solekan.

Rata-rata mengatakan keadaan tidak selesa ini menyukarkan mereka mendapatkan hasil solekan yang tahan lama disebabkan habuk dan debu kerana membersihkan wajah secara kerap.

Solekan yang ringan dan sederhana amat digalakkan berikutan faktor ini dan penggunaan bedak asas yang tebal sememangnya tidak sesuai meskipun ia membantu memastikan solekan bertahan sepanjang hari.

Jelas pelatih kecantikan Laneige Malaysia Camiellia Choo, cuaca panas, lembap dan berjerebu membuatkan ramai wanita enggan bersolek kerana perlu merias semula selepas beberapa jam.

Bagaimanapun, ada pula yang mengambil pendekatan bersolek secara berlebihan dengan tanggapan ia tidak perlu dirias semula secara kerap.

“Bersolek tebal atau berlebih ini sebenarnya hanya membuatkan pori tersumbat hingga munculnya kesan cela seperti jerawat dan jeragat.

“Sebaiknya, penggunaan bahan solekan minimum amat digalakkan kerana penampilan akan kelihatan lebih manis dan lembut.

“Apa yang penting, tumpuan kepada penjagaan kulit secara menyeluruh sebelum wajah disapu solekan,” katanya.

Camiellia mengesyorkan penggunaan produk solekan jenis matte kerana ia tahan lama dan tidak membebankan pori.

Rangkaian Minipore daripada Laneige membantu mengatasi masalah pori besar sementara amalan berpupur dengan rangkaian Waterclay membolehkan minyak dan kotoran yang tersumbat pada pori dibersihkan secara menyeluruh.

“Sapuan Mini Pore Blur­ring Tightener pula membantu mengawal penghasilan minyak dan mengecilkan saiz pori.

“Tapi boleh juga gunakan rangkaian Water Bank yang mengurangkan kulit mati dan memberi lembapan selama 24 jam,” ujarnya.

Laneige, label kecantikan popular di Korea Selatan menitikberatkan penjagaan kulit yang seimbang di samping riasan wajah yang manis juga elegan.

Lembut dan manis memang sinonim dengan wanita di negara itu. Bermula daripada pilihan busana hingga riasan wajah, kebanyakannya tertumpu kepada aura feminin dengan serakan rona pastel menarik.

Tanpa riasan smokey pada mata dan olesan merah terang pada bibir, solekan manis ini atau lebih dikenali sebagai ‘ulzzang’ bukan saja hangat di jalanan, malah popular di pentas peragaan sejak beberapa musim lalu.

‘Ulzzang’ ialah ayat popular dalam masyarakat Korea Selatan yang bermaksud cantik atau berwajah menarik. Asalnya ia digunakan sebagai bahasa slanga yang menggambarkan seseorang itu mengikuti gaya atau budaya fesyen tertentu.

Untuk riasan dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu ketika ini, Camiellia menonjolkan solekan minimum yang memberi penekanan kepada penggunaan BB Cushion dan gincu dwiwarna untuk hasil wajah berseri.

Laneige antara pelopor krim BB yang dilengkapi pad kusyen bagi serapan serta sapuan yang lebih sekata.

Menerusi bedak BB Cushion Pore Control SPF50+ PA+++ yang menampilkan formula aktif pencerahan, perlindungan kulit dengan SPF dan antipenuaan ia bukan saja disifatkan produk revolusi, malah menawarkan lebih banyak manfaat untuk wanita moden.

“Penggunaan krim BB kini tidak terhad sebagai langkah pertama dalam solekan bagi menggantikan bedak asas yang biasanya terlalu tebal hingga membebankan kulit.

“Selain membantu menyegar dan menata wajah dengan cepat, BB Cushion ini memberikan perlindungan sehingga SPF50+ PA+++ apabila berada di bawah terik mentari.

“Ia juga berupaya menurunkan suhu wajah menerusi kesan dingin dan segar yang terdapat pada pad kusyennya.

“Biasanya BB Cushion ini tidak perlu dioles semula kerana litupannya menyeluruh dan tahan sehingga 12 jam,” tambahnya.

Selain itu, riasan gincu rona menarik terutama dwiwarna yang kini hangat dalam kalangan selebriti Hallyu berupaya memberikan impak berbeza pada riasan ringkas.

“Sapuan gincu dwiwarna sudah memadai dan dapat menaikkan lagi seri penampilan wajah tanpa perlu bersolek galak.

“Gincu Two Tone Lip Bar adalah produk dua dalam satu yang membolehkan wanita tampil kreatif menggunakan dua rona berbeza.

“Ia boleh digunakan secara sendirian, tetapi apabila digabungkan, ia memberikan kesan warna gradien pada bibir,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 8:51 AM