PEKERJA penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan,  semalam.
PEKERJA penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan, semalam.

Beijing: Sepuluh pekerja binaan terbunuh apabila perancah di sebuah sekolah paling berprestij di sini runtuh.

Kejadian yang berlaku pada hari pertama persekolahan di Sekolah Tinggi Tsinghua itu bagaimanapun tidak menjejaskan bilik darjah atau bangunan lain.

Menurut seorang pegawai sekolah, Jiang, pekerja berkenaan terbabit membina gimnasium baru di kampus itu yang ada hubungan dengan sebuah universiti terkemuka China, Tsinghua.

Agensi berita Xinhua melaporkan, siasatan awal menunjukkan besi yang digunakan untuk mengukuhkan struktur konkrit runtuh sebelum perancah berkenaan roboh.

Menurutnya, polis menahan beberapa orang yang bertanggungjawab, tetapi tidak memberi butir mengenai identiti mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:05 AM