Anggota APM Sandakan membantu mengangkat keluar barang dari rumah PPRT yang bergegar dipukul ombak. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Anggota APM Sandakan membantu mengangkat keluar barang dari rumah PPRT yang bergegar dipukul ombak. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman

 

Sandakan: Sembilan sekeluarga panik selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atas air di Kampung Air, di sini, bergegar akibat dipukul ombak, 9 malam tadi.

Susulan kejadian itu, penghuni rumah bergegas keluar kerana bimbang rumah berkenaan akan roboh.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, enam anggota APM Sandakan dihantar bagi memberi bantuan.

"Setibanya di lokasi mendapati rumah itu bergegar setiap kali dipukul ombak besar dan mempunyai risiko runtuh.

"Anggota APM kemudian membantu mengeluarkan barangan dan dokumen penting keluarga terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sembilan sekeluarga itu kini menumpang di rumah saudara.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 1:02 AM