KEADAAN lengang di tapak pembinaan selepas kerja-kerja binaan diarah dihentikan untuk siasatan.
KEADAAN lengang di tapak pembinaan selepas kerja-kerja binaan diarah dihentikan untuk siasatan.
EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman (kiri) melawat kawasan tapak pembinaan yang mengakibatkan kematian pekerja buruh binaan.
EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman (kiri) melawat kawasan tapak pembinaan yang mengakibatkan kematian pekerja buruh binaan.
Oleh Nur Saliawati Salberi


Alor Gajah: Tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa melakukan kerja dipercayai menjadi punca tiga maut dihempap konkrit akibat runtuhan struktur lantai di tapak pembinaan pasar raya di Pulau Sebang, di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Mohtar Musri berkata, kemalangan itu berlaku ketika sembilan subkontraktor menjalankan kerja merombak perancah bumbung sebelum ia runtuh dan menghempap mereka.

Katanya, siasatan awal mendapati kemungkinan kemalangan disebabkan SOP yang tidak dipatuhi sehingga bumbung itu runtuh.

“JKKP sudah mengenalpasti kontraktor utama dan subkontraktor projek itu selain identiti tiga pekerja yang maut.

“Mereka yang maut dikenali sebagai Risman, Ebatullah dan Kamal masing-masing warga Myanmar,” katanya melalui satu kenyataan media, semalam.

Menurutnya, notis pemberhentian semua kerja pembinaan sudah dikeluarkan JKKP bagi membolehkan siasatan dijalankan Bahagian Forensik dan Bahagian Tapak Bina.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 8:21 AM