Keadaan dapur rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Keadaan dapur rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Muhamad Izzat Nasuruden


Ipoh: Seorang warga asing berusia 34 tahun melecur 80 peratus anggota badan selepas dipercayai cuba membunuh diri di sebuah rumah di Buntong, di sini, pagi tadi.

Mangsa, D Vijay, dikatakan mengunci diri di dalam rumah sebelum mencurah minyak tanah ke badan dan menyalakan api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa jam 10.30 pagi.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, anggota terpaksa memecahkan pintu sebelum masuk.

"Pemeriksaan di dapur mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan melecur di badan," katanya.

Samasuvam berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, anggota polis turut melakukan pemeriksaan dan mengambil bahan bukti di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 6:41 PM