Agensi

London: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara selepas didapati bersalah menelan seekor ikan emas hidup-hidup sebelum memuat naik rakaman video aksi berkenaan di Facebook.

Daniel Challis, 24, yang berasal dari Torquay, Devon didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Rakannya, Cheryl Stevens, 27, yang merakamkan video Challis memasukkan seekor ikan emas ke dalam mulut sebelum menelannya juga didapati bersalah atas tuduhan yang sama.

Kedua-dua mereka di dapati bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah bar di Paignton pada Mac tahun lalu.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA) menjalankan siasatan selepas video berkenaan tersebar di laman sosial.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan memberitahu mahkamah bahawa ikan itu sudah mati sebelum Challis menelannya.

Bagaimanapun, pendakwa raya RSPCA menayangkan semula rakaman video itu yang jelas menunjukkan ikan itu masih bergerak sebelum ditelan Challis.

Pakar haiwan, David Martin memberitahu mahkamah ikan itu lemas apabila dikeluarkan daripada air dan akan mati akibat asid yang ada dalam perut Challis.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, hakim menetapkan 3 Februari ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan kedua-dua lelaki itu diikat jamin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 8:36 AM