Nur Jazlan (dua dari kanan) menandatangai di majlis menyalakan lampu hiasan Sambutan Tahun Baru Cina di Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Nur Jazlan (dua dari kanan) menandatangai di majlis menyalakan lampu hiasan Sambutan Tahun Baru Cina di Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Pelantikan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi menjalankan kerja pengindahan Sungai Segget disifatkan suatu pembaziran oleh Kerajaan Pusat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada setiap tahun Kerajaan Pusat membelanjakan RM60 juta bagi menggajikan pegawai IRDA yang melaksanakan kerja bertindih dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau merangkap Ahli Parlimen Pulai berkata, ia dengan harapan projek berkenaan dapat diuruskan golongan lebih profesional.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya tidak melihat sebarang tambah nilai yang dilakukan IRDA berbanding tugasan dilaksanakan PBT.

"Masalah banjir kilat di pusat bandar raya masih berulang termasuk pada minggu lalu.

"IRDA sebenarnya ditugaskan untuk menyelaras perancangan dan pelaksanaan projek berkenaan dan sekiranya pelbagai masalah timbul ia menunjukkan kelemahan pengurusan.

"Oleh itu, Kerajaan Pusat seharus mengkaji semula peranan IRDA," katanya di sidang media ketika menyempurnakan majlis penyalaan lampu hiasan jalan sempena Tahun Baru Cina di Jalan Tan Hiok Nee di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 1:58 AM