Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Seorang majikan berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pekerja lelaki berusia 21 tahun.

Tertuduh, Mohd Firdaus Zahari didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 10.26 malam di bangunan rumah kedai bernombor 120, Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya.

Dia didakwa mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata terhadap Mohd Firdaus Ibrahim.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 10 tahun, didenda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguambela, Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM5,000 dan menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 2:23 PM
Majikan berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pekerja lelaki berusia 21 tahun.
Majikan berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pekerja lelaki berusia 21 tahun.