WAJAH Mao berada di setiap not  matawang Yuan.  - Agensi
WAJAH Mao berada di setiap not matawang Yuan. - Agensi
Agensi

Beijing: Seorang pegawai di wilayah utara China dipecat selepas dia menggelar pengasas China moden, Mao Zedong ‘syaitan’ di media sosial.

Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, Biro Kebudayaan Shijiazhuang berkata, timbalan pengarahnya, Zuo Chunhe dipecat kerana membuat kenyataan ‘salah’ di laman Weibo.

Mao yang mati pada 9 September 1976 masih secara rasmi disanjung oleh Parti Komunis sebagai pengasas China moden dan wajahnya berada di setiap not yuan.

Awal bulan ini, seorang profesor dipecat selepas mencetuskan kemarahan penyokong Mao apabila dia mengkritik bekas pemimpin itu pada harijadinya yang ke-123.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 8:36 AM