Kereta yang dihempap pokok dan pokok yang tumbang di UIAM petang tadi. FOTO ihsan bomba
Kereta yang dihempap pokok dan pokok yang tumbang di UIAM petang tadi. FOTO ihsan bomba
Mazizul Dani

Gombak: Kereta Honda City rosak selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 4.17 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 4.24 petang daripada orang awam.

"Ketika tiba, anggota bomba mendapati terdapat tiga pokok tumbang akibat ribut dan menghalang lalu lintas.

"Pokok itu menghempap kereta jenis Honda City tetapi nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan kerana operasi pembersihan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, sembilan anggota sedang melakukan operasi pembersihan di lokasi yang turut dilanda ribut berdekatan dengan Jalan Sungai Pusu menghala ke ibu negara bersebelahan Plaza Tol Gombak.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 7:20 PM