ANTRA kawasan kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat di ibu negara. FOTO ihsan Bomba
ANTRA kawasan kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat di ibu negara. FOTO ihsan Bomba
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Terdapat lima lokasi kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang di sekitar ibu negara, hari ini.

Bahagian Operasi Negeri, Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, ia tidak membabitkan mangsa.

Lokasi terbabit ialah berhampiran Sekolah Rendah Sekayen 4, Wangsa Maju, Lebuhraya Karak sebelum Plaza Tol Gombak dan berhampiran jejantas Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang, Selangor.

Selain itu dua lokasi lain ialah belakang medan selera PSN Rejang, Setapak Jaya dan Markas 48, Cawangan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur.

"Berhampiran Plaza Tol Karak, pokok tumbang menghalang lalu lintas selain menghempap sebuah kereta dan tidak membabitkan mangsa.

"Pokok tumbang menghempap dua kereta iaitu BMW dan Proton Persona di PSN Rejang tetapi tidak membabitkan mangsa," katanya dalam kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 6:37 PM